Posts

Showing posts from February, 2011

Ulu Sembah, Kampung tanpa penghuni

Image
Terletak kira-kira lima kilometer(KM) dari bandar Bentong, Pahang, wujud sebuah kampung tradisional yang sejak sekian lama tidak berpenghuni. Ia seolah-olah begitu terasing dan tiada penduduk mendiaminya. Keadaan pelik ini kekal sehingga hari ini. Persoalannya, mengapa ia berkeadaan  sedemikian? Bukit Kutu yang tersergam indah Mengikut legenda tempatan, kampung tersebut telah musnah akibat dilanda banjir yang amat dahsyat  pada tahun 1926. Mengikut cerita lisan, ketika peristiwa banjir itu berlaku dikatakan muncul seekor naga dari arah sebuah bukit berhampiran yang dikenali ‘Bukit Kutu’.      Akibatnya, air daripada bukit tersebut telah menyebabkan sebatang sungai berhampiran yang  dikenali Sungai Sembah melimpah lalu menenggelamkan hampir 100 peratus keseluruhan kampung itu. Kira-kira dua minggu selepas kawasan tersebut ditenggelami air, penduduk kampung di Ulu Sembah dilanda masalah kehilangan sumber makanan yang amat serius. Lebih menyedihkan, kesemua makanan dan

Misteri segitiga Bridgewater

Image
Berbicara mengenai fenomena misteri segitiga Bermuda, pasti ramai yang mengetahui kisah misterinya. Namun, ternyata di bahagian dunia lain, masih wujud lagi wilayah yang didakwa berbentuk segitiga menyamai fenomena aneh segitiga Bermuda. Salah satunya adalah segitiga Bridgewater. Bridgewater Triangle atau segitiga Bridgewater adalah sebuah wilayah yang mempunyai keluasan 520 kaki persegi di sebelah tenggara Massachussets, Amerika Syarikat. Ia meliputi 14 kawasan iaitu kota Abington, Brockton, Rehoboth, Freetown, Norton, Bridgewater, West Bridgewater, Middleboro, Dighton, Berkley, Raynham, Easton, Lakeville, dan Taunton. Wilayah ini pertama kali diungkapkan oleh seorang penyelidik paranormal yang bernama Loren Coleman dalam bukunya ‘Mysterious America’. Kononnya, selama beberapa abad dahulu wilayah ini sering dilaporkan mengalami pelbagai fenomena aneh yang tidak masuk akal. Wilayah ini juga sangat terkenal sebagai pusat aktiviti paranormal yang paling aktif. Dahulunya, wilay

Cecair perisai

Image
Di London, sekumpulan saintis dan jurutera dari Syarikat Pertahanan Keselamatan Britain (BAE) berjaya mencipta sejenis cecair rahsia yang dapat menyerap kekuatan peluru sekaligus dapat melindungi tubuh askar.  Menurut jurucakap BAE, Stewart Penny, cecair tersebut mampu memberikan perlindungan kepada askar di medan perang. Ia digelar ‘Cecair Perisai’. Cecair ini adalah salah satu alat teknologi perang yang dapat menyelamatkan nyawa askar daripada terkorban. Ketika mendemonstrasikan fungsi cecair berkenaan dengan mengacaunya dengan sudu, Penny menjelaskan, semasa dalam air, kita akan berasa sedikit penolakan dengan impak yang kurang. Begitulah cara cecair yang diciptanya itu berfungsi.

Robot bantu ajar bahasa Inggeris

Image
Di Seoul, sebanyak 30 buah robot mula mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di bandar Daegu, Korea Selatan. Robot yang diberi nama Engkey itu dicipta oleh santis di Institut Teknologi Sains, Korea Selatan, mula mengajar di 21 buah sekolah di bandar berkenaan. Menurut Saintis Kanan institut tersebut, Sagong Seong-dae, sebanyak 30 buah robot setinggi satu meter yang mempunyai panel televisyen di muka bergerak di sekitar bilik darjah semasa mengajar murid-murid.   Jelasnya, robot tersebut dikawal dengan menggunakan alat kawalan oleh guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris dari Filipina. Di samping itu, guru-guru itu juga boleh melihat dan mendengar suara murid-murid melalui sistem alat kawalan jauh.

OOPART Mendahului Masa

Image
OOPART adalah singkatan dari perkataan  ‘Out of Place Artifact’ yang bermaksud  artifak-artifak yang tidak sesuai dengan zamannya. Dalam erti kata lain, penemuan artifak-artifak ini telah mendahului zaman di mana perbandingan corak sosial dengan teknologi penghasilannya menyebabkan artifak itu dilihat datang daripada satu zaman yang tidak sepadan dengan waktu ia dijumpai. Bagaimanapun, penemuan  artifak seumpama ini banyak sekali dijumpai dan masih belum dapat dijelaskan sehingga hari ini. Ramai pengkaji mengakui, fenomena OOPART merupakan kejadian yang tidak diketahui puncanya.  Ia juga merupakan istilah asing yang paling jarang digunakan dalam sesuatu penemuan. OOPART adalah istilah yang diciptakan oleh seorang ahli Cryptozoologist Amerika Syarikat yang bernama Ivan T. Sanderson untuk merujuk kepada objek sejarah, arkeologi atau paleontologi yang ditemui tidak sesuai pada tempat dan zamannya. Jelas Sanderson, kewujudan artifak  seumpama ini dilihat bertentangan dengan se