Posts

Showing posts from March, 2015

Laluan Daratan tertua di Malaysia

Image
Sekitar abad ke-13, terdapat satu laluan purba telah dibina di kawasan pedalaman daerah Jempol, Negeri Sembilan. Laluan tersebut dikenali sebagai Jalan Penarikan. Difahamkan, laluan terbabit mempunyai kaitan rapat dengan Laluan Sutera yang merentasi pantai barat Semenanjung  ke pantai timur satu ketika dahulu. Berdasarkan cerita lisan, laluan yang turut dikenali sebagai Londar Siam merupakan jalan darat tertua di Semenanjung Malaysia. Meskipun sejarah mengenai jalan ini tidak diketahui secara tepat dan tiada catatan khusus mengenainya, ia adalah sebuah lokasi yang sangat penting satu ketika dahulu. Menurut Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Dr. Shamsuddin Ahmad, Jalan Penarikan merupakan sebuah laluan daratan yang digunakan oleh para pedagang dari pantai timur Sumatera dan pantai barat Semenanjung Malaysia. Menerusi jalan ini, ia merupakan satu laluan pintas yang menghubungkan dengan laluan dari sebelah pantai timur negara ini. Merangkumi tujuh buah

Ice Age May Return?

Image

Battle of Jitra 1941

Image
Sebelum Singapura dikuasai Jepun pada 11 Februari 1942, terdapat satu pertempuran yang hebat pernah direkodkan. Dikenali sebagai ‘Battle of Jitra’ atau ‘Pertempuran Jitra 1941’, ia merupakan benteng pertahanan hadapan yang penting bagi tentera British menyekat kemaraan tentera Jepun. Malangnya, lokasi tersebut yang sepatutnya dipertahankan dalam tempoh tiga bulan akhirnya berjaya ditawan oleh tentera Jepun selama tiga hari. Disebabkan keadaan itu, pergerakan tentera Jepun berjalan lancar mengikut jadual yang dirancang kecuali menyeberangi Sungai Perak pada 15 Disember yang hanya dapat dilakukan sebelas hari berikutnya. Menurut Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Dr. Azharudin Mohamed Dali, pertempuran Jitra merupakan satu peristiwa peperangan yang berlaku pada 11  hingga 13 Disember 1941. Ia merupakan satu pertempuran yang hebat berlaku di antara pasukan tentera Jepun dan tentera British. Dalam sejarah pera

Pertandingan gusti suri rumah

Image
Sukan gusti merupakan satu acara yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat di Mexico. Ia merupakan sejenis sukan yang sangat terkenal malah lebih popular berbanding sukan bola sepak di negara itu. Uniknya, acara sukan lasak yang menjadi kegilaan ramai masyarakat di sini bukan sahaja cenderung kepada golongan kaum lelaki, tetapi turut diminati oleh kesemua majoriti golongan kaum wanita di negara tersebut. Percaya atau tidak, akibat terlalu fanatik dengan sukan ini satu pertandingan gusti jalanan telah dianjurkan dan kesemua pesertanya adalah terdiri daripada suri rumah sepenuh masa. Dikenali sebagai Lucha libre, ia merupakan satu pertandingan gusti jalanan yang mula diperkenalkan pada awal 1900 tahun yang lalu. Pada tahun 1933, acara gusti jalanan ini mula dikenali dan bertukar menjadi satu fenomena baru dalam acara sukan yang paling diminati di negara Mexico. Meskipun ianya masih baru pada ketika itu, sukan tersebut berjaya menarik perhatian penduduk s

Penguji bau badan profesional

Image
Tahukah anda, sebelum deodoran dihasilkan ia mestilah diuji terlebih dahulu sebelum dipasarkan.  Uniknya, ketika proses ujian dilakukan ia tidak menggunakan sebarang bantuan alatan berteknologi tinggi, tapi diuji dengan menggunakan hidung manusia. Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan janggal, tapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud dan ditawarkan kepada sesiapa yang layak. Jadi, bagi anda yang rasa-rasa mahu melakukan tugas ini haruslah memiliki deria yang tajam untuk digelar sebagai penguji bau badan profesional. Setakat ini, jawatan tersebut hanya ditawarkan sebuah makmal Hilltop Cincinati, Amerika Syarikat. Ia diwujudkan oleh pihak makmal berkenaan sebagai pelengkap kajian yang membabitkan apa sahaja permasalahan berkaitan bau badan manusia. Untuk pemahaman yang lebih mudah, seseorang yang berkerjaya sebagai penguji bau badan profesional ini akan menghidu setiap bau badan sukarelawan yang dipilih menggunakan hidung mereka. Jangka wakt

Spesies pokok yang paling pemalu

Image
Di negara kita, sejenis spesies pokok yang dikenali sebagai Pokok Semalu sememangnya tidak asing lagi. Rata-rata daripada kita sudah lama mengenali spesies pokok ini dengan sifatnya yang sangat pemalu. Disebabkan sifat semula jadinya itu, tumbuhan ini akan bertindak balas dengan menguncupkan daunnya apabila disentuh. Jangankan manusia, hatta objek-objek lain seperti besi atau plastik pun tidak akan dilayannya. Ekoran sifat jual mahalnya itu, sehingga hari ini belum ada rekod yang berjaya menyentuh tumbuhan itu daripada menguncupkan daunnya. Persoalannya, apakah yang menyebabkan pokok itu memiliki pemalu? Dan, kenapakah setiap kali ada percubaan untuk menyentuhnya tumbuhan ini akan bertindak balas dengan menguncupkan daunnya? Hal ini mendapat perhatian daripada seorang Penyelidik Interpretasi Persekitaran, Jabatan Pengurusan Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Manohar Mariapan. Jelasnya, pokok semalu atau nama saintifiknya Mimosa pudica m

Manusia Halimunan di China

Image
Disebabkan idea kreatif yang ditonjolkan, seorang lelaki warganegara China, Liu Bolin, telah disenaraikan sebagai antara individu yang paling terkenal di negara itu. Diberi jolokan nama sebagai ‘Manusia halimunan’, lelaki tersebut dikatakan memiliki satu kepakaran luar biasa yang membolehkannya menyamar menjadi apa sahaja. Ibarat seperti seekor sesumpah, lelaki yang berusia 35 tahun ini mampu melakukan pelbagai aksi penyamaran dalam apa jua keadaan sekalipun, termasuklah menyamar seperti sayur-sayuran, jalan, pondok telefon, dinding batu, dan sebagainya. Mengikut laporan sebuah agensi berita, Reuters, kebolehan luar biasa yang dimiliki lelaki tersebut bermula kira-kira enam tahun yang lalu sewaktu bergiat aktif di dalam dunia seni lukisan yang dipanggil  ilusi optik. Pada mulanya, ia dilakukan bertujuan untuk keseronokan sahaja. Namun, ia berubah dan seni lukisan itu  telah menarik minatnya yang ingin melakukan lebih banyak lagi penyamaran. Ekoran minatn

Siri pertama Tragedi Dyatlov Pass: Kehilangan sembilan orang pendaki Rusia

Image
                                                                                                                                                              "Jika saya berpeluang untuk bertanyakan soalan pada tuhan kemungkinan saya tahu apa sebenarnya yang dihadapi oleh semua rakan-rakan pada malam itu”, luah seorang ahli kumpulan pendaki Rusia yang masih hidup selepas tragedi Dyatlov Pass, Yury Yudin. Mengikut kronologi, tragedi ini berlaku kira-kira 53 tahun yang lalu. Pada ketika itu, sepuluh orang pendaki dari negara Rusia telah melakukan ekspedisi pendakian ke sebuah gunung yang dikenali sebagai Russia’s Ural Moutains pada 27 Januari 1959. Pun begitu, pada hari pertama ekspedisi pendakian tersebut mengalami kesukaran apabila salah seorang daripada ahli kumpulan pendaki itu, Yury Yudin, menghadapi masalah kesihatan. Bagaimanapun, ketua kumpulan yang mengetuai ekspedisi berkenaan, Igor Dyatlov, tetap mengambil keputusan untuk meneruskan pendakia

Evolusi sebutir komet

Image
                                   Di dalam sistem suria kita, terdapat pelbagai objek astronomi yang wujud. Salah satu daripadanya adalah sebuah objek angkasa yang dikenali sebagai Komet. Mengikut sejarah penyelidikan astronomi, istilah komet diambil daripada satu perkataan bahasa Latin yang bermaksud sebagai ‘Rambut panjang’. Difahamkan, gelaran ini mula digunakan oleh seorang ahli falsafah Yunani Kuno, Aristotle, sewaktu menggambarkan pengalamannya melihat sebuah bintang yang bercahaya seperti helaian rambut. Sebelum teleskop direka pada tahun 1608, masyarakat pada zaman dahulu menganggap komet sebagai sebuah objek yang sangat menakutkan. Kononnya, pada ketika itu mereka percaya kenampakan komet di langit bakal mendatangkan satu petanda buruk kepada mereka seperti, kematian dan bencana alam yang dahsyat. Bagaimanapun, persepsi itu berubah apabila seorang Pakar Kaji Bintang Inggeris, Edmond Halley, melakukan kajian terperinci mengenai objek angkasa ter

Serangan hujan cacing

Image
Pada tahun 2007, dua orang pegawai polis dari Jennings, Florida Amerika Syarikat telah berhadapan dengan satu situasi mencemaskan. Pada hari kejadian, kedua-dua pegawai tersebut iaitu Eleanor Beal dan Martha Amie dikejutkan dengan satu fenomena hujan cacing sewaktu mereka sedang melakukan rondaan di sebatang jalan. Menurut saksi pertama, Beal, gara-gara kemunculan hujan aneh itu dia terpaksa menghentikan kenderaan yang dipandunya secara mengejut sekali gus  menimbulkan rasa panik seketika. Ingin melihat apa sebenarnya berlaku, dia dan rakannya bertindak keluar daripada kenderaan yang mereka naiki. Sebaik keluar, dua orang pegawai polis berkenaan cuba mendongak ke arah langit. Didapati, terdapat beribu-ribu ekor cacing sedang jatuh dari arah langit. Begitu juga di kawasan sekitar, ia turut dipenuhi dengan hidupan tersebut. Menurut saksi kedua, Amie, kesemua cacing berkenaan kelihatan masih hidup. Ia menunjukkan reaksi seperti terkejut, tetapi kembali normal

Manusia paling pantas bertutur

Image
Sekali pandang, tiada apa pun yang istimewa mengenai lelaki ini. Tetapi, jika anda berpeluang berbual dengannya pasti akan terpinga-pinga. Ini kerana setiap patah perkataan yang diungkap melalui mulutnya terlalu pantas sehingga sukar untuk kita fahami. Steve Woodmore, merupakan satu-satunya manusia paling pantas bertutur dan dianggarkan empat kali lebih cepat berbanding manusia biasa. Kedengaran seperti sesuatu yang agak mustahil, namun itulah keistimewaan yang dimiliki oleh seorang lelaki dari Orpington, England ini. Selain itu, kebolehan yang dimiliki oleh Woodmore turut berjaya menempatkan dirinya di dalam Guiness World of Record. Jadi, tidak hairanlah jika dia mendapat gelaran sebagai ‘World fastest talker’. Dengan gelaran tersebut, dia berjaya mencipta rekodnya sendiri dengan kiraan pertuturan 637 patah perkataan per minit sekali gus mendahului rekod yang sebelum ini dilakukan oleh John Moschitta, Jr dengan kiraan 586 per minit. Menurut Woodmore, kebo